• arzLY posted an update 3 years, 4 months ago

    “My weakness in lesson planning and how i am going to address it”

    Assalamualaikum dan salam sejahtera,

    Kelemahan dan kekurangan saya dalam perancangan pelajaran ialah penyampaian yang terlalu laju dan mendatar, secara tidak langsung akan menyebabkan pengajaran agak membosankan dan tidak menyeronokkan. Huraian yang disampaikan susah untuk difahami oleh pelajar. Kemungkinan hal ini terjadi di sebabkan perasaan gugup bila berada di hadapan. Selain itu juga, kelemahan kedua ialah mudah hilang focus ketika hendak memulakan sesi pengajaran. Hal ini kerana, saya terlalu banyak memikirkan perkara-perkara lain yang menyebabkan tumpuan dalam mengajar terganggu.

    Oleh yang demikian, di sebabkan masalah dan kelemahan saya dalam perancangan pelajaran ini, saya akan cuba untuk mengatasinya dengan sebaik-baiknya. Untuk masalah yang pertama , saya akan cuba untuk tenang , sabar ketika sesi pengajaran. Saya juga akan cuba menggunakan kaedah pengajaran abad ke 21 supaya sesi pembelajaran berjalan dalam suasana yang mengembirakan dan tidak membosankan. Seterusnya, untuk mengatasi masalah kedua, saya akan lebih focus kepada sesi pengajaran tanpa memikirkan hal-hal lain. Saya juga akan lebih bersedia iaitu dengan memahami dengan mendalam topic yang akan di ajar sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan itu, saya berharap agar segala kelemahan ini akan saya dapat atasi dengan sebaik-baiknya. Seperti kata Joseph Concad “ Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kadang-kadang kita akan gagal, yang penting kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga akhir hayat”.

    Sekian, terima kasih

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2021 Made with love in Tanjong Malim, MY.

or

Log in with your credentials

or    

Forgot your details?

or

Create Account