Pada kelas 5/3/2018, kami telah membuat tinjauan masalah. Pertama, pelajar dibahagikan kepada lima kumpulan dan diminta untuk membincangkan satu masalah yang dialami pelajar misalnya kumpulan saya, iaitu kumpulan 1 membuat dilema masalah pelajar membawa senjata ke sekolah dan kumpulan lain diminta untuk meneka root cause masalah kami. Begitu juga kumpulan lain. Kami mendapat masalah daripada kumpulan 3 dimana masalah yang dinyatakan adalah pelajar bercinta dan kami menjawab root cause bagi masalah tersebut adalah pelajar dipengaruhi rakan sebaya dan melakukannya demi mendapat ‘pengiktirafan’ daripada rakan sebaya. Kemudiannya, kami mula mencabut nombor giliran untuk makroteaching yang akan bermula pada minggu keempat.