Assalamulaikum dan salam sejahtera

Rancangan pengajaran merupakan aspek yang perlu dititikberatkan dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Rancangan pengajaran merupakan satu rangka kerja aktiviti yang berkaitan PdP untuk dilaksanakan guru di dalam bilik darjah atau makmal, dalam satu jangka waktu yang telah ditetapkan. Perancangan yang telah dilakukan dengan teliti akan memudahkan serta memastikan proses pengajaran berjalan dengan lancar. Tujuan utama menyediakan rancangan pengajaran adalah untuk menjamin murid mencapai objektif pengajaran secara berkesan, disamping meningkatkan keyakinan guru untuk mengajar serta memudahkan guru untuk mengajar sesuatu topik yang telah di rancang.

Walaubagaimanapun, setiap seorang guru juga mempunyai kelemahan yang tersendiri dalam merancang sesuatu pengajaran, Namun ia bukan lah masalah yang besar bagi memastikan proses pdp itu berjalan dengan lancar jika ia dapat atasi dengan secepatnya. Antara kelemahan saya pula dalam merancang pengajaran ialah saya seorang yang kurang kreatif dan inovatif dalam merancang aktiviti pengajaran serta kurang mahir dalam memilih Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang sesuai. Hal ini akan menyebabkan pelajar akan mudah berasa bosan dan tidak menyeronokkan ketika saya mengajar.

Oleh hal demikian, bagi mengatasi kelemahan saya iaitu dengan mempelbagaikan strategi, kaedah, dan variasi penyampaian semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan menyeronokkan. Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah, dengan menggunakan daya imiginasi dalam proses mencerna minda pelajar. Sebagai contoh, guru boleh memulakan pengajaran dengan mengemukakan soalan-soalan umum yang berkaitan topik pengajaran pada hari tersebut. Hal ini secara tidak langsung, dapat membuka minda pelajar supaya dapat berfikir di luarkotak kemampuan mereka. Selain itu, Penggunaan alat bantu mengajar (ABM) perlu dipelbagaikan dengan kaedah dan teknik mengajar agar pengajaran dijalankan dengan berkesan, menarik perhatian, menjimatkan masa dan tenaga serta menghasilkan pembelajaran yang lebih menarik dan menyeronokkan. Sebagai contoh, penggunaan media berbentuk visual, audio, teks dan grafik. Hal ini dapat di lihat, apabila guru menjadikan akhbar sebagai bahan bantu mengajar (BBM) semasa proses PdP. Selain itu, merancang aktiviti pembelajaran berasaskan permainan seperti kahoot juga membolehkan suatu pengajaran itu lebih menarik di samping saya juga mempelajari dan memgaplikasikan  pelbagai aktiviti pembelajaran pada abad ke-21 yang boleh digunakan dalam PdP di sekolah seperti peta i-think, gallery walk, hot seat, round table, role play dan banyak lagi.

Sekian Terima Kasih