Assalamuailaikum dan selamat sejahtera. Perancangan pengajaran merupakan rangka kerja aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk dilaksanakan guru dalam bilik darjah atau makmal, dalam satu jangka waktu yang telah ditetapkan. Tujuan untama guru menyediakan rancangan pengajaran adalah untuk menjamin murid mencapai objektif pengajaran secara berkesan di samping meningkatkan keyakinan guru untuk mengajar.Pembelajatan Abad ke-21 ialah suatu transformasi dalam dunia pendidikan iaitu daripada kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara konvensional seperti chalk and talk kepada kaedah pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) yang lebih dinamik dan kreatif dengan kandungan pembelajaran yang relevan dan sesuai dengan perkembangan semasa. Dengan itu, semua guru perlu bersedia menerima segala perubahan dan dapat mengurus perubahan tersebut dengan cekap dan berkesan. Kelemahan yang ada pada diri saya ialah saya lemah dalam menggunakan teknologi  dan alatan ict di dalam pengajaran sedangkan pada masa kini kaedah PdPc perlu diubahsuai ke arah perkembangan teknologi siber dan berpusatkan murid agar menarik minat murid untuk menghayati mata pelajaran yang dipelajari sekaligus memantapkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) mereka. Saya juga cepat berasa gementar apabila bercakap dan tidak mempunyai suara yang lantang. Sebagai seorang guru, dengan suara yang lantang, murid dapt mendengar apa yang disampaikan dengan jelas dan membantu pemahaman murid terhadap topik yang diajar. Kelantangan suara juga menunjukkan ketegasan dan membuatkan murid lebih hormat kepada guru.

    Kelemahan ini saya akan cuba perbaiki dengan lebih berusaha untuk mencari di dalam internet mengenai contoh-contoh pengajaran yang menggunakan teknologi yang dapat digunakan di sekolah supaya dapat menarik minat pelajar dan pelajar tidak mudah berasa bosan.  Bagi mengatasi masalah gementar saya akan membiasakan diri bercakap di hadapan kelas dan selalu berlatih sebelum proses PdPc berlaku dan cuba untuk menggunakan nada yang lebih tinggi semasa bercakap di hadapan kelas.

Sekian, terima kasih.