Assalammualaikum Dr. Hafiz.

Perancangan sebelum proses pengajaran merujuk kepada keputusan yang dibuat mengenai mengelola, melaksana dan menilai pengajaran. Proses guru membuat keputusan tentang cara memilih dan menyusun pengalaman pembelajaran yang dapat memaksimumkan pencapaian serta kepuasan guru dan juga pelajar. Perancangan pengajaran merupakan keputusan yang harus dibuat oleh guru mengenai perkara yang hendak diajar dan bagaimana untuk diajarkan supaya dapat difahami pelajar. Selain itu, rancangan pengajaran juga boleh didefinisikan sebagai rangka kerja aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk dilaksanakan oleh guru didalam bilik darjah atau makmal dalam jangka masa tertentu. Terdapat pelbagai kelemahan dan kekurangan yang ada pada seseorang sebelum melaksanakan tugasan pengajaran antaranya menggunakan bahasa baku yang salah, banyak bertutur di dalam kelas menggunakan dialek, kelemahan menggunakan  power point ketika mengajar, tidak dapat membahagikan masa pengajaran dengan baik dan pengajaran yang membosankan.

Oleh itu, apa yang saya dapati antara kelemahan yang ada dalam diri saya ialah yang pertama saya merupakan seorang yang tidak pandai untuk bertindak tegas kerana ciri yang ada pada diri saya ialah seorang yang suka ketawa atau periang. Saya risau semasa  sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung pelajar tidak akan memberikan tumpuan terhadap pengajaran saya di dalam kelas kerana berpendapat bahawa saya bukanlah guru yang garang atau tegas. Sebaliknya pelajar lebih suka untuk melakukan kerja-kerja lain. Seterusnya, kelemahan saya yang kedua ialah saya merupakan seorang yang lemah dalam penggunaan ICT contohnya dalam penggunaan projector, komputer, bilik tayangan dan sebagainya.

Namun, kelemahan ini dapat saya atasi sekiranya saya memperbanyakkan latihan mengajar di dalam kelas bersama-sama pelajar. Saya harus membiasakan diri saya untuk bersikap tegas dan jarangkan untuk bersenyum. Suara saya harus memainkan peranan agar menampakkan watak saya didalam kelas sebagai seorang yang tegas. Manakala, kelamahan saya yang kedua pula dapat diatasi dengan cara diri saya perlu belajar dengan kawan saya yang mempunyai pengetahuan dalam ICT untuk mengajar dan berkongsi ilmu dengan saya. Seperti kita tahu pada abad pembelajaran kini teknologi adalah amat penting dalam sesi pengajaran dan pembelajaran serta pemudahcaraan. Jadi tidak menjadi kekok untuk diri saya mengajar pelajar saya di bilik tayang atau di makmal komputer dan sebagainya yang menggunakan peralatan contohnya projektor dan komputer. Saya berharap kelas KPD (2) bersama Dr. Hafiz dapat banyak membantu saya menimba pelbagai pengetahuan yang boleh saya ajarkan kepada anak murid saya disekolah nanti. Saya gembira berada di kelas dr kerana dalam pengajaran dan pembelajaran dr banyak menerapkan elemen berkaitan dengan aplikasi teknologi terkini yang merupakan salah satu kelemahan yang ada pada diri saya yang saya boleh belajar dari dr.

Sekian, Terima Kasih.. 😀