Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Menurut Burden & Byrd (1999), perancangan sebelum proses pengajaran merujuk kepada keputusan yang dibuat mengenai mengelola, melaksana dan menilai pengajaran. Proses guru membuat keputusan tentang cara memilih dan menyusun pengalaman pembelajaran yang dapat memaksimumkan pencapaian serta kepuasaan guru dan juga pelajar (Cruickshank, 1995). Menurut Esah Sulaiman (2004), perancangan pengajaran merupakan keputusan yang harus dibuat oleh guru mengenai perkara yang hendak diajar dan bagaimana untuk diajarkan supaya dapat difahami pelajar. Perancangan yang teliti dan komprehensif akan memberi kesan yang positif kepada pembelajaran pelajar.

Setiap manusia mempunyai kelemahan dan kekurangan. Antara kelemahan yang saya dapati yang ada dalam diri saya ialah tidak dapat mengawal emosi. Namun perkara ini sangat penting sebelum kita memulakan sesuatu pekerjaan, kita sebagai manusia harus bersedia dari aspek fizikal dan mental. Sebagai seorang guru, kebolehan mengawal emosi amat penting kerana untuk mewujudkan kawalan kelas yang mantap, setiap tutur kata haruslah dijaga supaya tidak menimbulkan rasa kecil hati atau kemarahan para pelajar. Apabila masalah pelajar kecil hati atau tersinggung, maka akan wujudlah perasaan benci atau memberontak dalam jiwa pelajar dan ini akan mendorong para pelajar terlibat dalam masalah disiplin. Oleh itu, kelemahan ini dapat diatasi dengan cara saya perlu memastikan bahawa saya telah bersedia dari aspek mental dan fizikal dan berharap para pelajar juga bersedia untuk menerima ilmu dan maklumat yang ingin diajar atau disampaikan nanti.

Selain itu, saya juga kurang mahir dalam mengawal dan mewujudkan kelas yang kondusif. Saya tidak mahir dalam menarik perhatian pelajar untuk memberikan tumpuan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Saya risau pelajar tidak akan memberikan tumpuan dan tidak berminat untuk belajar. Oleh itu, kelemahan ini dapat diatasi sekiranya saya banyak melakukan aktiviti-aktiviti menarik yang melibatkan semua pelajar agar mereka tidak berasa bosan. Semasa proses pengajaran di dalam kelas, guru sememangnya perlu menyediakan kaedah-kaedah dan teknik mengajar dengan berkesan supaya pelajar dapat mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih baik serta menerimanya sebagai sebuah bentuk pengajaran yang menarik. Untuk mencapai hasrat ini guru haruslah pandai memilih pendekatan yang sesuai dan teknik yang menarik dan ditambah pula dengan Alat Bantu Mengajar (ABM) yang canggih dan menarik. Berikut merupakan beberapa kaedah pdpc abad ke-21 yang boleh digunakan.

https://drive.google.com/file/d/0B7Nqkj9J60ucLTI3UTRwRGRpSkk/view

 

Sekian, Terima Kasih.