Kelemahan saya dalam merancang sesuatu pengajaran ialah untuk menghabiskan sukatan pelajaran dan dalam masa yang sama memberi perhatian kepada pelajar-pelajar yang kurang berkemahiran dan lemah dalam sesuatu topik. Ini adalah kelemahan bagi saya kerana saya kerana jika saya mengejar masa untuk menghabiskan sukatan pelajaran dengan cepat, bagaimana pula nasib pelajar yang lemah dalam memahami sesuatu topik. Jika mereka tidak memahami sesuatu topik dengan mendalam sudah tentu minat mereka untuk belajar menjadi berkurangan.

 Jadi, cara saya untuk mengatasinya adalah, saya berpendapat semasa waktu pdp, saya akan menghabiskan sukatan mengikut masa yang diperuntukkan dan saya akan menyusun pelajar yang lemah berada di tengah supaya saya dapat fokus kepada mereka lebih. Saya juga akan meminta pelajar yang saya telah dikenal pasti lemah untuk berjumpa dengan saya secara individu ketika berkelapangan di bilik guru atau di hadapan meja guru. Saya akan menyemak dengan lebih terperinci buku latihan mereka dan menerangkan semula konsep2 yang mereka kurang faham secara individu.

Selain itu, saya akan akan menjadi lebih mesra dan lebih dekat dengan mereka menggunakan konsep guru penyayang. Saya akan mengingati nama mereka dan mesra dengan mereka.