Cara Guru Mengajar dalam Kelas

Rancangan pengajaran merupakan rangka kerja aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang perlu disediakan oleh guru untuk beberapa waktu pelajaran dan juga merupakan pelan pengajaran yang tersusun dan terperinci yang mengandungi beberapa elemen yang perlu ditulis bagi bertujuan memudahkan guru mencapai objektif yang telah ditetapkan.Rancangan pelajaran harian (RPH) adalah asas kepada PdPc. Ia merupakan satu panduan berstruktur bagi guru untuk memastikan pembelajaran berlaku. Mengikut surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) 3/99, RPH adalah satu terjemahan rancangan pelajaran tahunan (RPT) yang mengandungi sekurang-kurangnya maklumat seperti objektif, cara bagaimana hendak mencapai objektif dan kenyataan sejauh mana objektif itu tercapai.

Seperti yang sedia maklum, setiap orang mempunyai kelemahannya tersendiri, sebagai seorang bakal guru saya mempunyai banyak kelemahan dalam merancang pengajaran, antaranya kelemahan mengatur masa dan kelemahan menyampai maklumat,. Berbalik kepada kelemahan  saya untuk mengatur masa, hal ini adalah kerana penggunaan masa untuk set induksi yang terlalu lama dan menyebabkan topik yang diajar tidak dapat dihabiskan mengikut rancangan mengajar. Selain itu, saya juga amat lemah dalam menyampaikan maklumat antara sebabnya saya berasa gugut apabila berada dihapan orang ramai.

Dengan masalah ini, saya perlu mengatasinya dengan mengajar berpandukan masa set induksi yang telah dirancang dan belajar mengajar mengikut RPH yang telah ditetapkan agar dapat mengatur masa mengajar dengan teratur serta dapat menghabiskan tajuk pelajaran dengan mengikut perancangan. Masalah seterusnya pula ialah, cara saya untuk mengatasinya saya perlu melakukan praktis berulang-ulang kali cara untuk menyampaikan maklumat dengan betul. Selain itu, saya perlu melakukan persiapan yang rapi serta telah menguasai topik yang ingin diajarkan di dalam kelas.