Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Rancangan pengajaran didefinisikan sebagai rangka kerja atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru di dalam bilik darjah atau makmal dalam satu jangka masa tertentu. Perancangan yang teliti dan komprehensif akanmemberi kesan yang positif kepada proses pembelajaran pelajar. Melalui perancangan pengajaran yang baik, guru dapat menentukan jarak, urutan dan penekanan kepada isi setiap pelajaran. Topik-topik yang penting dalam peperiksaan akan diberikan keutamaan oleh guru dan diberi penerangan dengan lebih teliti. Perancangan juga akan memastikan setiap minit dalam tempoh pengajaran guru sepanjang setahun memberi kesan yang bermakna kepada guru dan pelajar. Ini dapat membei panduan kepada guru agar dapat menggunakan masa yang diperuntukan dengan lebi teratur. Menyusun atur masa dengan tepat juga dapat memastikan sukatan pelajaran dihabiskan pada masa yang telah ditetapkan mengikut perancangan. Namun, terdapat beberapa kelemahan yang dikenal pasti dalam perancangan pengajaran tidak dapat menepati masa yang ditetapkan dan menyebabkan topik yang diajar tidak dapat dihabiskan dalam masa yang ditetapkan, guru kurang kreatif dalam aktiviti pengajaran dan menyebabkan pelajar mudah bosan dan pelbagai lagi.

Antara kelemahan saya dalam perancangan pengajaran adalah untuk mengatur masa supaya topik tersebut dapat dihabiskan dalam masa yang tertentu. Hal ini adalah disebabkan oleh penggunaan masa untuk set induksi yang terlalu lama. Selain itu, saya kurang kreatif dalam PdPc dan saya risau pelajar akan mudah bosan dan tidak menumpukan perhatian semasa saya mengajar. Kelemahan saya yang seterusnya dalam perancangan pengajaran ialah teknik pengajaran berkaitan dengan topik yang sukar untuk difahami oleh pelajar. Jika saya hanya menggunakan teknik penerangan akan menyukarkan pelajar saya untuk memahami tajuk tersebut dan saya perlu mempelbagaikan teknik pengajaran saya supaya pelajar lebih mudah untuk memahami sesuatu topik yang diajarkan.

Oleh itu, saya perlu mengatasi masalah dalam perancangan pengajaran supaya objektif pengajaran dapat dicapai. Berkaitan dengan masalah saya yang kurang kreatif, saya perlu mencari inisiatif dalam meningkatkan kekreatifan saya dalam proses pengajaran dengan menggunakan teknologi ICT seperti projektor, video yang menarik berkaitan pelajaran dan sebagainya supaya proses PdPc yang berjalan tidak membosankan malah dapat menarik perhatian dan minat pelajar untuk memahami dengan lebih lanjut topik yang diajarkan.  Selain itu, saya juga perlu mengatur masa yang digunakan supaya objektif pengajaran tercapai dan topik yang diajarkan dapat dihabiskan dalam masa yang ditetapkan. Teknik pengajaran yang sesuai juga perlu diambil perhatian supaya apa yang disampaikan semasa proses pengajaran dapat memberi input kepada pelajar serta objektif pengajaran juga dapat dicapai. Penggunaan teknik yang menarik dan berkesan akan membantu pelajar saya supaya lebih memahami dan menguasai sesuatu topik pengajaran. Justeru, melalui subjek KPD 3026 bersama Dr Hafiz ini, saya berharap dapat mengatasi masalah yang dihadapi semasa berada di sekolah kelak dan satu kelebihan yang saya dapat dari kelas ini adalah penggunaan IT dan aplikasi yang diajarkan oleh Dr Hafiz dapat memberikan idea kepada saya dalam menekan pengajaran abad ke 21.

SEKIAN, TERIMA KASIH.