Rancangan pengajaran bukan sahaja dibuat untuk mencapai matlamat dan objektif seperti yang telah digariskan untuk melaksanakan sesi PdPc, malah turut membantu para guru melancarkan perjalanan di dalam kelas dengan cara yang lebih sistematik dan terancang agar perkara yang tidak diingini dapat dielakkan. Rancangan pengajaran yang tidak lengkap akan mengakibatkan pelajar tidak memahami apa yang diajar oleh guru, kelas menjadi bising, objektif pembelajaran tidak tercapai dan sebagainya. Ini membuktikan rancangan pembelajaran ketika PdPc amatlah penting.

Kelemahan saya dalam rancangan pengajaran ialah saya tidak dapat memastikan pelajar saya dapat memahami apa yang saya sampaikan ketika di dalam kelas. Hal ini disebabkan oleh latar belakang pencapaian akademik yang berbeza dalam kelas tersebut. Jika pelajar A mempunyai tahap pencapaian akademik yang sederhana, tetapi pelajar B terlebih kehadapan, saya bimbang  pelajar B akan menidakkan apa yang saya ajar memandangkan tahap akademik pelajar B lebih kehadapan berbanding kawan-kawannya yang lain. Jika saya hanya fokus kepada pelajar A, saya takut pelajar B akan hilang rasa hormat kepada saya dan tidak akan fokus di dalam kelas dan lebih bosan.

Selain itu, saya juga lemah dalam mengatur suasana pembelajaran di dalam kelas. Suasana pembelajaran yang dimaksudkan ialah dari segi penyediaan aktiviti atau permainan yang boleh menarik minat pelajar untuk fokus ketika saya mengajar. Kadang-kadang, saya mempunyai idea untuk melaksanakan aktiviti, tetapi saya takut jika pelajar tidak memberi kerjasama setanding dengan apa yang saya harapkan.

Bagi mengatasi masalah ini, saya perlu ‘berguru’ dengan guru-guru di sekolah lama saya dan berkongsi pendapat untuk menguruskan kelas dengan lebih teratur dan sistematik. Selain itu, saya juga perlu mendalami emosi dan kitaran hidup pelajar pada masa kini bagi memastikan apa yang saya sampaikan seiring dengan minat mereka. Saya perlu lebih tegas (bergantung kepada situasi yang saya akan hadapi) dan lebih bersikap ‘teacher and buddies‘ agar pelajar dapat berkongsi apa yang mereka perlu dan rasa terhadap penyampaian saya di dalam kelas. Namun, saya perlu meletakkan sedikit jurang dengan pelajar agar mereka dapat menghormati saya sebagai guru mereka.

 

sekian, terima kasih.