Kelemahan saya ialah berkenaan menghasilkan alat bantu mengajar yang kreatif. Seperti sedia maklum, sebagai seorang guru kita sememangnya perlu mencari idea yang hebat bagi menarik minat para pelajar dalam mengikuti pembelajaran dalam kelas. Oleh hal yang sedemikian, penghasilan ABM yang kreatif amat diperlukan. Hal ini sememangnya menjadi masalah kepada saya kerana hal tersebut merupakan satu kelemahan saya sendiri. Berdasarkan kelemahan yang timbul, saya telah menelaah buku dan menonton beberapa video yang berkaitan penghasilan ABM. Selain itu, saya juga bertanya kepada pensyarah dan beberapa orang guru yang telah pun lama melibatkan diri dalam bidang perguruan.

 

Seterusnya, saya juga amat lemah dalam penggunaan IT. Namun begitu, dengan adanya subjek KPD ini , serba sedikit kelemahan saya dapat dihakis. Hal ini demikian kerana, pensyarah KPD sememangnya amat berpengetahuan dalam teknologi IT ini. Beliau banyak membantu saya dan kawan-kawan dalam meneroka lebih lagi berkaitan kecanggihan teknolgi IT.

 

Sekian, terima kasih.