Salam dan selamat tengah hari.

Saya mempunyai beberapa kelemahan dalam perancangan pengajaran iaitu saya tidak mempunyai keyakinan yang tinggi apabila saya menghadapi masalah kulit muka. Perkara ini boleh menjejaskan penampilan dan imej saya. Di samping itu juga, saya tidak pandai untuk membuat lawak-lawak spontan, kesan nya penyampaian pengajaran di dalam kelas agak mendatar dan menyebabkan pelajar cepat bosan dan mengantuk.

Oleh itu, bagi mengatasi masalah pertama, saya akan menjaga penampilan diri saya sebaik mungkin, saya juga akan menggunakan sedikit ‘make-up’ bagi meningkat kan keyakinan diri. Cara penyelesaian masalah kedua pula, saya menggunakan kaedah pembalajar abad ke 21 iaitu pembelajaran berpusatkan pelajar. Perkara ini akan mengelakkan pelajar cepat bosan kerana mereka perlu terlibat dalam pdpc seperti melakukan aktiviti permainan di dalam kumpulan bagi menyelesaikan sesuatu masalah.

Kesimpulannya sebagai seorang pendidik, saya perlu bijak dalam menyelesaikan masalah dan tidak menjadikan ia sebagai satu penghalang untuk mendidik anak bangsa.

Sekian, terima kasih.