Rancangan pengajaran merupakan boleh didefinasikan kepada penulisan tentang kaedah pelaksanaan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang bakal berlangsung. Rancangan pengajaran akan menjadikan kaedah pengajaran dan pemudahcaraan menjadi lebih terarah dan berkesan serta impak hasil pembelajaran akan lebih diingati dan disukai pelajar. Sebagai seorang guru, kita perlu bijak serta kreatif untuk menghasilkan rancangan pembelajaran. Rujukan serta pembelajaran berkaitan rancangan perlu dikuasai oleh guru agar dapat merancang dan melaksanakan rancangan pengajaran yang terbaik. Namun tidak dinafikan bahawa terdapat beberapa kekurangan dan kelemahan yang kita lakukan sama ada kita sedar atau tidak sedar.

            Antara kelemahan yang terdapat dalam perancangan pengajaran yang saya lakukan ialah kurang idea untuk menghasilkan kaedah PdPc yang berkesan dan menarik. PdPc yang menarik mampu menarik minat pelajar untuk fokus dan mengikuti pembelajaran yang dilakukan dengan baik. Kelemahan ini menjadikan saya terpaksa melakukan PdPc yang biasa dan tidak menarik. Untuk mengatasinya, saya perlu mendapatkan idea-idea dengan merujuk guru-guru cemerlang, kajian daripada internet dan sebagainya.

            Seterusnya, batasan masa yang tidak mencukupi. Kadang-kadang, masa perancangan aktiviti yang hendak dirancang dengan masa aktiviti PdPc dijalankan adalah bertentangan. Masa boleh jadi kurang mahupun lebih. Oleh itu, saya perlu bijak dan merancang aktiviti yang hendak dilakukan dengan baik dan berhemah agar aktiviti yang dilakukan tidak menjejaskan ilmu yang hendak disampaikan kepada pelajar. Guru juga perlu tegas dalam pembahagian masa bagi setiap aktiviti yang hendak dilakukan.

            Selain itu, kelemahan yang saya alami dalam menghasilkan rancangan pengajaran ialah kurang berkeyakinan untuk melaksanakannya. Setelah melaksanakan kajian berkaitan dan kaedah pembelajaran yang berkesan, timbul rasa kurang berkeyakinan untuk melaksanakannya kepada pelajar. Berikut disebabkan oleh latar belakang pelajar yang tidak bersesuaian dengan aktiviti yang hendak dijalankan. Maka, keyakinan yang baik dan pemerhatian terhadap kesesuaian pelajar sebelum melaksanakan pdpc tersebut. Jika terdapat sedikit kelemahan, guru perlu mengawal dan membuat penambah baikan secara pantas dan berkesan agar PdPc yng dilaksanakan tidak lari dari perancangan awal.